Thursday, December 18, 2008

MELAYU.. by Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Thursday, September 11, 2008

Tuesday, September 9, 2008

Lagi pics makanan.. hehehe..


kari kepala ikan..


karipap daging n ayam


nasi beriani ayam


set nasi beriani


papadum!!

khas utk LA Crew terutama ABE, DANI BOI n UMAR.. hehehehe..

Makanan !! utk santapan mata LA crew di LA


nasi ayam tandoori


kat bawah nih plak pics
sahur kat kedai nasi kandaq beratoq, Penang


nasi kandaq
(ayam goreng n teloq bawang)


nasi kandaq
(ayam goreng, bendi n kuah campoq)


nasi kandaq lagi
(ayam goreng, teloq bawang n sotong teloq)


tue dia...
punya panjang beratoq.. hehehehe.

Friday, July 18, 2008

aku balik Malaysia !!


3 sahabat
aku amat terhutang budi kat korang semua


kat LAX.. huhuhu


Thursday, July 3, 2008

Hey guys!

As most of you know, I maintain my own personal blog, and I extensively cover most of the time spent with the LA crew. You can read about their recent visit to NYC there.

www.xanga.com/man1a

And direct links to old posts....

My first encounter with the crew in LA
Rombongan ke San Francisco
Umar's visit to the East Coast

Hope these old pictures bring back fond memories ^_^

Tuesday, June 24, 2008

"Romantic Style In Da World"




lagu utk bro boi.. hehehe